Powered By Blogger

Thursday 29 August 2013

Keep Calm and Love a Pilot - Flight Simulator Story: Sim Flight KL

Halluu..

Fuhh!! fuhh!! (tiup2 habuk sikit)..bersarang blog siot..pekabo cakcibo semua? ada baik? ada baguih na?
ape? dah makin makin tembun? Heh..tu la, sape suh lahanat sangat pi sebat rembat segala makanan kat open house..sampai lemang, nasi impit, ayam rempah masuk sekali satu trip dalam mulut. Ate, caner nak selim melim macam Stewedesh? Bawak bertenang cakcibo semua. Jangan gaduh-gaduh. Kita bincang..

Cakap pasai Stewedesh ni, mesti masa kecik-kecik dulu kalau cikgu tanya cita-cita bila besar nanti nak jadi apa? tak pernah fail jawab nak jadi Stewardess (masa kecik mana la tau term-term cabin crew ke flight attendant ke kan? So ini la jawapan standard bebudak pompuan masa sekolah dulu-dulu). Bimbo sangat nyah!! Yang mana skema tu jawab la "nak jadi Doktor/Akauntan/Peguam..Ceeeekkguuu!!" (eh! aku la tu dulu, skema giler). Haa..tu kalau pompuan, yang lelaki plak, kalau tak Askar, mesti Pilot a.k.a Juruterbang for sure punya masuk dalam list. Berani kerat jari ah..Cita-cita budak lelaki dulu mesti berkait dengan unit beruniform. Pelik daku. Apesal tah. 

Nak dijadikan cerita, laki aku ni sejak azali lagi - zaman belum kerat..ngeh..ngeh.. - memang bercita-cita nak jadi Pilot. Akan tatapi Damak, disebabkan rajin bebeno tuang kelas dan lepak belakang surau dan kandang arnab sambil layan air tebu kedai cik tokan, maka end-up tak dapat la jadi Pilot. Jadi bagaimanakah daku sebagai seorang isteri mee-kari (mithali - dalam bahasa cakcibo) dapat membantu beliau menjadi pilot hatta menjadi pilot jadian sekalipun? (kenapa aku rasa aku dah jadi macam Ah-Cai Johan dah ni). Begini ceritanya - Dasar cakcibo, intro punyelah panjang..

Pada suatu hari, disaat daku membelek deals voucher dekat mydeal.com.my, maka tetibe berselisih bahu dengan satu voucher ni yang aku rasa sangat sesuai dijadikan gift untuk laki aku. Nak tau ape die? Ni ha,

Fly like a pilot: Flight simulator (Jadilah simulator pun kan)
Credit: http://www.simflightkl.com

Bagi para cakcibo yang tak pernah dengar/tak tau kewujudan flight simulator ni, dalam entry ni aku sepelen la sikit ye. Bab-bab technical and ape intipati pembelajaran tu nanti kena tanya bapak cakcibo yang fefeling Pilot ye, sebab aku tak join - jaga anak kat luar.

Voucher yang aku beli ni ada 2 option - Boley pilih (macam ayat orang jual kuih raya kat Jalan TAR pulak) sama ada nak 'fly' dengan Airbus A320 (full cockpit level 3 simulator) atau Boeing 737NG (Single Seat Trainer Device). Disebabkan aku tak dapat imagine macam mana dan ape beza both simulator, aku pun belasah la amik yang Boeing tu - bajet dua-dua pun sama la simulation die macam gambar kat atas. Padahal gambar atas tu untuk Airbus. Takpe - Pasrah janji ikhlas.

Simulator ni tujuan die, untuk korang para cakcibo merasai pengalaman bagaimana seorang Pilot tu menerbangkan sesebuah kapal terobang dan cemana diorang 'handle' 'mesin-mesin' dan screen depan tu untuk memastikan korang selamat sampai ke destinasi dan tidak terhempas dari ketinggian 36,000 ft. It use the same simulation that actual pilot use. Korang akan diberi briefing selama 20 minit dan kendian baru boleh 'fly' and lenjan benda tu - flight time selama 40 minit. Learn the basic ins and outs of flying planes. Kalau Airbus dapat la full cockpit simulation - macam gambar atas. Kalau Boeing dapat half cockpit - macam main game pastu depan ada screen besar.

Asben aku choose untuk redeem voucher tu pada hari father's day (Kena call dan buat appointment). So, pada hari kejadian kitorang pun pergi la ke SimFlightKL located at SkyPark Subang Terminal. Register kat reception dan staff kat situ akan introduce dengan pilot in-charged. Boleh plak la ditakdirkan pilot in-charge tu ex-classmate aku kat MRSM dulu. Patut la macam kenal, bila introduce nama dia, confirm!! sah!! Ex-Classmate aku si Apam (teringat dedulu buli ko mintak tolong amikkan kuih dorayaki kat DS ngan Boyak wey..Hehe). Tak sangka, aku pernah membuli seorang bakal Pilot rupanya. Memula tu die tak ingat aku, nasib baik selang beberapa saat dia dapat recall. Kalau tak..ada yang terbakar Subang Airport tu nanti. Hehe.

Reception

Saje gempaq..padahal Boeing je..

So, pembelajaran bermula - 

Dapat 'fly' pi Singapore je. Mesti dak Apam tak confident je nak bawak laki aku jauh-jauh. Takut terhempas. Hahahaha.

Explain lagi selepas terhempas tadi..

Sementara bapak tengah fefeling Pilot. Aku dok handle 'huru-hara' kat luar.

Stress aku. Semua benda nak dicapainya. Rosak kaluuu..considered sold kot..

Opp..Opp..Oppaaa

Kacau mug pulak dah..

Its too late bebeh!! Too late!! Bahaha

Really??!! Thank God..

 
Replika dalam cabin

Dah Adam Mukhriz dah, sekali nak 'flash' di khalayak ramai la pulak.

Rebel


Kita kat udara ye, bukan ikan di laut asam di darat 

Haih..Entahlah..

Book Worm rupanya..Pandai susun magazine..

Lama gak menunggu kat luar, bila dah settle baru dapat chit chat ngan dak Apam flash back zaman skola..Bahaha..Kitorang tak kempunan nak ushar kokpit Airbus, sebab lepas tu Apam bawakkan haha..

Dalam kereta laki aku eksited la cerita itu ini, ada 3 break la..scholarship nak jadi Pilot la..auto-pilot la bla bla..Aku bg satu je feedback - Lapar mekdi, jom!!

Bertuah punye bini..Haha..penat kot berlari mengejar 'Adam Mukhriz' kecik tadi..


Sign-Out 

Saya dah berjaya menjadi isteri 'Pilot' anda bagaimana? Pergi la try test <wink..wink>. Now everyone can felaaaiii..Eh!! Salah company..

2 comments:

Sheila Salim said...

Assalamualaikum. bestnyaa. betul2 pergi buat ya. hehehe lagi best jumpa kawan rupanya. hihi. amboii dak kecik ni, hensem kacaknyaaa :)

Unknown said...

Waalaikumsalam Sheila. Saje kasi can ada org tu cita-cita tak kesampaian..ngeh ngeh