Powered By Blogger

Thursday 8 November 2012

Afif's Birthday

Salam,

Adoiyai, lamanya tak berblog..rindu pulak :)

2 hari lepas (6 November 2012), adalah birthday budak kecik a.k.a Afif yang ke-2 tahun. Actually, kami dah plan nak celebrate birthday Afif di kindie saje memandangkan hari lahir budak kecik itu jatuh pada hari bekerja. So, seminggu sebelumnya kami dah start membeli sikit-sikit barang keperluan macam benda-benda yang nak disumbat dalam goodie bag, kek, food and beverage dan lain-lain. Simple je, just nak bagi budak-budak kat kindie die dan beberapa orang cikgu je. So, bajet dalam 30 orang je.

Maka berburulah kami ke kedai-kedai 2 hengget dan juga pasaraya 'gergasi' yang berdekatan untuk membeli party supplies macam pinggan, sudu, tisu, mangkuk ayun, ballon, 'kopiah kon', toys, air botol, coklat la ape la bla bla bla.


amik gambar instagwem :)

So, bila dah disumbat ke dalam goodie bag (sila bayangkan suatu entiti sedang terbongkok-bongkok gigih menyusun dan memasukkan coklat ke dalam goodie bag yang di beli di kedai 2 hengget) beginilah caranya, eh beginilah jadinya.


masih dalam status in-progress

Ok, benda-benda lagha semua dah settle, next kite kene order cake la pulak kan. Maka ber 'otak ribut' lah mak dan bapak Afif memikirkan cake apakah yang sesuai untuk di order. Memandangkan budak kecik ini terlalu obses dengan siri kartun Tayo the Little Bus (sehingga mak Afif mampu menghafal lagu opening dan closing) maka kami pun decide untuk mencari pakar (chewah!) yang mampu membuat figurine cake Tayo. Cari punya cari manjang schedule penuh. Ada la dalam 4-5 orang jugak la. Ohh, maka mak Afif sudah stress. Disebabkan aku ni rajin ber blog walking, maka terjumpa la satu blog ni mypu3cakehouse.blogspot.com Finally, dapat jugak. Alhamdulillah. Thanx Kak Zai. 

  
Rainbow cake yang sedap!! - pic instagwem lagi

Nak dijadikan cerita, boleh pulak la budak kecik ni demam. Maka terpaksa la call cikgu kindie beliau kasik postponed sehari. Buat 7 haribulan :( Orang tua-tua kata selalunya kalau budak-budak nak dekat-dekat tarikh hari lahir selalu 'dapat upah' or 'tukar bulan'. 

Pagi 7 haribulan tu, kami hantar Afif ke kindie sekejap untuk ambil kek di lokasi yang dijanjikan (Shah Alam). Memborong KFC sebucket dan add 15 ketul lagi serta menambah barang-barang apa yang patut. Settle semua lebih kurang dalam pukul 11 jugak la. After that kami terus ke kindie untuk preparation. Afif still kat tingkat atas, baru bangun tidur kata cikgunya. Takpela bagi masa birthday boy mandi dan bersiap :)

Dalam 15 minit camtu birthday boy turun, nampak je mak bapak terus menangis sebak!! Alololo, sian budak demam ni :) Pujuk dengan cake Tayo. Tak menjadi jugak sebab shy shy cat dengan kawan-kawan. Hahaha. Cake Tayo hampir dicekau oleh kawan-kawan sekindie. Hahaha. Pujuk punya pujuk dan beberapa session bergambar, baru lah ok sikit. All in all, everything went well. Alhamdulillah.


ni la die 'kopiah kon' 


muke nak nangis, sebak tak hilang lagi


 menikmati - drama sangat!!


shy pie

How time flies. Dah bujang anak gue :) dulu kecik botol mineral je. Semoga menjadi anak yang soleh, bijak dan berbakti kepada ibu dan abi. Ibu and abi love you. Dah besar nanti jangan buat duck face ;p

No comments: