Powered By Blogger

Saturday 5 January 2013

Ada Apa Dengan Azam

Assalamualaikum..

Dah 4 hari kita melangkah ke tahun baru 2013. Macam biasa, kalau bercakap pasal tahun baru ni, antara topik yang selalu disebut-sebut ialah "Azam". Kesian Azam mesti die tersedak-sedak sebab orang selalu sebut nama die. Eh?! Sampaikan pagi-pagi aku nak pegi kerja tu, radio station semua bukak topik pasal ni, macam la dah takde topik lain. Bukak radio A (jangan imagine aku bukak habis radio kereta pulak - oh my engriiishh) cerita pasal azam, radio B pun topik azam jugaaaa yang keluwo, radio C sampai la ke Z semua pasal azam yang terus membara. Eh?!

Azam..azam juga..tahukah anda? menurut kajian, masuk je hujung Januari, azam anda sudah berkurang sebanyak 50%? hah! cemana tu? Tapi untuk mereka yang baru nak berjinak-jinak dalam berazam ni, haruslah anda tahu bahawa possibility untuk azam yang di set-up pada awal tahun taksiran, eh?! tak semestinya akan tercapai pada tahun tu juga. Bergantung kepada rezeki juga lah kan? Sebab tu ada term azam yang di -carried forward - kan. Ehek. Kalau tak tahun ni tercapai, mungkin tahun depan, mungkin juga tahun-tahun seterusnya dan tahun-tahun lompat. Eh?!

Macam aku pun spesis yang agak suka berazam, tapi tidaklah terlalu 'strict' dengan diri sendiri, sampai kalau azam tu tak tercapai pada tahun azam di set-up siap nak guling-guling bagai. Idok le temaaann. Rilex, kita go with the flow. Keep calm and be flexible orang kampung felda Gedangsa kata. Eh?!

Dalam banyak-banyak azam yang aku set seperti nak dapat 8A dalam PMR, nak boifren yang sebijik muka Angelo Pangako Sa' Yo, nak curik baca diari abang aku, nak beli kereta Ferrari dengan menggunakan duit tabung dan ASB, aku ada 4 azam utama merangkap perancangan masa depan aku. Mungkin pada orang lain ianya adalah remeh, tetapi tidak pada aku. Calon-calonnya ialah:

  • Nak beli kereta sebaik sahaja dapat kerja pertama.
Yeap, itu adalah azam yang pada tanggapan orang lain adalah sekecil zarah. "Hekeleh, kereta? kena tunggu dapat kerja ke baru boleh beli?" Ye, aku berjaya juga membeli kereta pertama sebulan selepas bekerja. Bangga? Sudah semestinya. Sebab aku pakai duit sendiri untuk bayar down payment. Tidak meminta satu sen pun duit mak bapak. Hasil financial management ku di universitas (sinetron pulak). Berjimat cermat dengan duit scholarship JPA dan mendapat CGPA yang agak bagus bagi mengelakkan biasiswa bertukar menjadi pinjaman. Hew..Hew..Aku tidaklah beruntung seperti kawan-kawan lain yang mak bapak belikan kereta untuk kemudahan berulang alik pergi lecture. Bas Mercedes UUM tu je yang aku lenjan hari-hari :) Bersempit-sempitan sampai nak terkeluar pintu bas. Nak main tipu sikit aku tumpang kereta bff aku dak Erni tu. Lap U la. Alhamdulillah, jadi 'orang' jugak ;)

  • Nak jadi 'Orang Busat' sebelum umur menjelang 3 series.
Poyo? Ye, aku pun rase begitu 6 tahun lepas. Ha..ha. Actually, azam yang satu ni mengingatkan aku pada satu benda. Bila teringat balik agak kelakar, tapi kuasa Allah tu siapalah kita untuk menafikannya. Teringat saat-saat genting highland semasa di interview oleh one of the panel (dah jadi ex-boss pun). Standard la soalan interview kan. Kalau ko google mesti dapat punye skema jawapan. Eh?! Soalan dia "Where do you see yourself in 5 years from now?" aku yang masih mentah dengan selok belok dunia pekerjaan dengan penuh confident jawab aku bakal jadik one of the manager disitu. Damn it! Sila gelak. Ini lah akibatnya tidak meng-google skema jawapan sebelum hari kejadian. Penuh confident ye kengkawan, dengan hidung yang kembang kempis dan memandang panel dengan ekor mata, kepala didongakkan sedikit. Heh. Ketentuan takdir, pada hujung tahun ke-5, another golden opportunity came into the picture. So, now here I am..blogging tanpa ada siapa yang boleh mengushar apa yang aku buat, dalam bilik katakan..bukan duduk kat cubicle luar pun ;p cis! ayat berlagak.

  • Nak beli rumah sebelum Izrael datang memanggil..Hihi..Bukan, sebelum 3 series.
Alhamdulillah, finally dengan duit savings dapat beli rumah landed. Penat woo dok apartment sume. Dah ada anak, memang kita sebagai parents akan bagi yang terbaik untuk anak kita la kan. Nak la jugak tengok die berlari-lari sepuas hati. Main-main tangga sehingga jatuh bedebub..Eh?! Pastu pening kepala nak men-decor bersama Eric. Seppraais!! sepraais tak? Tak pe, jangan stress. Biasa la tu kalau masuk rumah baru semua benda rase tak tercapai akal nak buat. Tapi resultnya janji puas hati dapat buat apa sahaja terhadap rumah sendiri. 

  • Nak kahwin sebelum 3 series. 
Perasan tak azam yang berunsurkan sedikit geletis dan gelenyar ini diletakkan paling bawah antara kesemua azam? Bajet workaholic pulak. Biasalah, perempuan ni memang bagi priority pada kerja pun sehingga planning kahwin di postponed2. Nasib la husband (boifren ketika itu) stok penyabar dan mampu menunggu. Heh. Padahal tak puas enjoy! Outstation manjang juga menjadi salah satu punca. Finally, got married pada usia 26 tahun. 27 tahun dapat anak. Maka complete la kehidupan :) Cuma satu je ada 'kacau' sikit. Taste dulu punya la lelaki yang bersifat maskulin, kulit hitam manis, tak pun ada sikit macam kulit kayu manis pun dah ok dah. Tak main la stok-stok 'jambu' ke Chinese look ka apa. Sekali amik ko, apa yang dulu konon 'not my taste' dan 'not my cup of tea' tu jugak la yang ko dapat. Haha..Nasib la stok yang tak menyesal dibuat laki (mampus aku kalau laki aku baca ;p) 

Kesimpulannya, tak semestinya ko kene berazam tetiap kali new year dan masa company distribute calendar dan diari baru je. Azam tu boleh jugak nak buat bila-bila masa. Yang penting, azam tu perlu konsisten dengan usaha kita. Plan and organize your life. That's the most important thing. Pastu push effort kita tu sedaya upaya. Lagi satu, jangan stress atau bunuh diri kat KB Mall kalau azam tak tercapai..Insha Allah, kalau ada rezeki dan dengan kehendak Allah azam anda akan tercapai jugak satu hari nanti walaupun terpaksa menunggu.

Azam tahun ni? Masih belum difikirkan. Nantilah. Selamat berazam!

Sign-out,
Idot

No comments: