Powered By Blogger

Monday 25 February 2013

Bakal Bersedih Lagi :(

Kumusta!

Amboi, mentang-mentang entry kali ni berkenaan orang jauh (sikit je la), terus tukar bahasa you.

Ok lah. Anda kenal dengan lelaki ini?


Kalau anda kenal atau obses dengan beliau, aku cofident giler yang anda adalah batch-batch yang sanggup ponteng lecture kat Uni semata-mata nak tengok episod akhir Pangako Sa Yo dan Sana'y Wala Nang Wakas dan menenggek selama sejam di bilik tv kolej masing-masing. Yang sanggup membazir kredit top-up nak sms kawan-kawan "Babe, tolong sign kan attendance aku hari ni" sebab ponteng kelas. Dan mungkin juga yang bergembira bila dapat tau Uni extend register untuk semester baru sebab negeri-negeri di bahagian utara negara dilanda banjir teruk ketika itu demi tidak mahu terlepas menonton muka handsome hunks ini.

Ya, beliau ialah Jericho Rosales. Pelakon hebak (erk!) dari Filipina. Aku start notice dia ni bila tengok Pangako Sa Yo kat tv2. Tak ingat tahun bila. Lepas tu kena pulak dengan kecantikan Kristine Hermosa, pergh..terus terlayan sampai habis babe.

Kristine Hermosa - cun giler kan?

Giler obses kot aku dengan 2 ketul ni. Serious punya obses. Walaupun sudah beranak-pinak, poster URTV yang memaparkan muka Jericho masih tertepek megah dalam gobok lemari daku di kampung. Siap balut kau!

Pastu datang pulak demam Sana'y Wala Nang Wakas tahun 2003/2004 tak silap..Hah yang tu nak habaq mai, tak sempat bas Uni nak berhenti baik punya aku dah melompat keluar dari bas. Berlari-lari tak cukup tanah p ke cafe. Tapau Moi Sup dengan bergedil, sosej mayonis, air teh ais bungkus ikat tepi, pastu lepak baik punya depan tv pakcik kedai mahal kat kolej. Pakcik, Astro satooo!!. Oh, daku tidak keseorangan, terdapat juga kipas susah mati yang dah tentu-tentu student perempuan turut memenuhkan saf depan cafe.

Sekali lagi! Giler obses!(sambil geleng kepala). Boleh pulak ending cerita ni ada 2. Pilih, pilih, pilih, nak hero yang mana. Cit! Terpaksa ponteng lecture 2 kali. Eh! Sorry bah kalau terbaca. Bertabah lah dengan anakmu ini.

Pergh zaman tu ko cakap, movie mana yang aku tak beli kalau ada 2 muka si kacak dan si cantik ni? Semua aku rembat pakai duit JPA. Ngayong Nandito Ka la, Forevermore la, asalkan 2 ketul ni ada dalam satu cerita memang confirm aku beli.

So, apahal yang aku kecoh-kecoh sangat ni kan? Haa, ni nak habaq mai kat hangpa, Jericho Rosales akan berada di Malaysia untuk sesi bertemu kipas susah mati beliau pada 1 Mac 2013 di Hotel Hilton sempena anniversary pertama Astro Bella. Alaa, yang iklan kat Astro tu yang si Kristine dengan mata terbeliak mulut ternganga tu :p (Ohh, perlukah describe di sini??)

Apa kaitan dengan tajuk entry kali ni "bakal bersedih lagi?". Ya, aku bakal terlepas peluang untuk join meroyan kat Hilton Hotel. Buat kali ke-2. Diulangi, buat kali kedua. Kali pertamanya bila? Serius kalau aku cakap orang takkan percaya. Aku pernah dapat invitation dari management Jericho untuk bertemu beliau secara in person, "backstage" ko..sebab mejadi orang pertama yang register jadi fanclub beliau semasa encik hensem ini datang ke Malaysia untuk mengadakan konsert "Jeans" beliau. Masa tu memang frust giler tak dapat pergi sebab ada exam Internal Audit dengan lecturer killer. Oh my!! apakan dayaku. Ditambah pula dengan lokasi Uni dan tempat konsert yang jauh bangak, lebih tidak mengijinkan.

Kali ni pulak terlepas sebab pada hari tersebut aku sibuk dengan preparation nak fly ke Bangkok!! Takkan nak amik cuti lagi..Wuwuwuw..mari menangis sambil meratapi nasib diatas kapal terobang. K la, tak sanggup nak teruskan lagi. Sedih gilak! K bye!

Moral of the story: Jangan terjebak dengan telenovela! Dan, ini serius. Hnsshh..hnsshh (hembus hingus)

No comments: