Powered By Blogger

Tuesday 12 March 2013

Starstruck!! ~An evening with Jericho Rosales~

As salam readers,

You know what is starstruck? Nope? Lemme splen (let me explain ;p).. Its like when you meet someone you are very fond of such as celebrity, movie star etc and you get completely overwhelmed/speechless by the experience. Get it? *insert grinning emoji here*

Remember my previous entry? Guess what?? Echo datang umah aku weh!! Ok, sila jangan percaya segala penipuan pada ayat di atas. 

Begini ceritanya, ada la satu hari tu aku dilanda Monday Blues. Seriously. Like, seminit bukak report, setengah jam hadap internet. Godek punya godek, tergerak la hati nak search "Jericho Rosales" kat Google. Sekali rupanya sinar fm dan murai tengah buat contest "Meet & Greet" with Jericho Rosales sempena first anniversary astro bella. Lalu hati jahatku berkata-kata "Hmm..apa kata aku sesaje masuk contest ni, saja nak mengurangkan kebarangkalian orang lain menang..Hewhew..Bukan pernah menang pun contest yang kena bagi slogan-slogan nih" - Dengki tahap gaban kerana mengenangkan nasib. Bila dah sampai final stage contest tu, click "send" sambil berkata-kata dalam hati "Heh, padan muko korang tak dapat bunga ngan cekelat dari Echo" - Gila dengki!

Mesti korang tertanya-tanya kan, apesal aku tak pergi je. Bukan ada program lain pun. Amik la MC ke EL ke. Hoho..Jawapannya, aku kalau pergi sane saje-saje tapi setakat nampak bayang Echo je buat ape. Baik tak payah. Nampak bayang pastu terjengket-jengket sebab pendek dan tak dapat merempuh crowd yang menggila - Jerit2 macam hape je - Pastu balik dengan perasaan hampa. No..no..no..Lain la kalau dapat jumpa in person memang sanggup la jugak nak pergi. Kalau ada plan pun boleh je batalkan. Ewah, sukati ko je.

One day, tiba-tiba dapat call dari unknown number. Daku ingatkan panggilan interview. Eh! Rupanya staff sinar fm.

SFM: Hello. Akak ada masuk peraduan Jericho Rosales tu kan?

Aku: Err..Hmm..(Akak ko panggil aku? Sambil cuba nak recall balik sebab blur-blur). Oh! a'ah, ye saya. 

SFM: Ok, akak salah seorang pemenangnya. So, 1 Mac nanti datang KL Hilton. Event start pukul 5 petang. Tapi dah boleh register start pukul 4.30 petang. Just bawak IC saja untuk staf kat registration desk verify.

Aku: Err..ha..ok, ok. Thanks..

Habis je conversation ko ingat aku melompat ke. Tidak ye, tidak..masih termangu-mangu ke'blur'an. Pastu fikir cemana nak arrange ni. Takkan nak mintak cuti pulak Jumaat tu. Kang bising plak bos. Dah la Isnin and Selasa cuti p holiday. Hmm..terus sms husband, die cakap tu peluang sekali seumur hidup tu. Rugi tak pergi. Aisey, laki plak p bakar line. 

So, pada hari kejadian. Mestila pergi. Bukan pergi kosong ye tak? Hihi..

He's the sweetest! Sanggup teman bini jumpa boify lama :p Walaupun muka masam malas nak layan buahaha..

Kalau lambat sikit je register memang tak boleh tembus masuk dalam.

Aku sampai KL Hilton dalam pukul 4 camtu. Register pukul 4.15. Masa tu kipas susah mati dah start membanjiri waiting area. Macam-macam gaya. Macam-macam style ada. Yang tak tahan tu dress-up pemenang simple giler cam nak gi pasar. Yang meroyan bagai nak rak tapi tak dapat jumpa Echo tu pulak yang dress-up cam nak buat performance :p. 

Dari view tempat pemenang berkumpul *insert nada riak takbur dan takbursss: 
Crowd yang menggila. Siap menjerit 'mahal na mahal kita Echo' (I Love you Echo). 

Pukul 4.45 ptg, all winner dah dibenarkan masuk dalam grand ballroom dengan kawalan bodyguard (tetibe terasa best sebentar). Sempat borak ngan abang bodyguard (sebab aku queue paling belakang sekali sambil aku di'protect' abg itu dari ditolak fans yang cuba nak merempuh masuk sekali) Hoi! cuba bawak bertenang boleh tak??!! Hempuk pale sat lagi baru tau. Being informed that ada peminat Echo yang menyamar jadi pemenang contest masa register. Oh, really??!! 

Oh, lega bila dah masuk. Echo baru settle session dengan reporters

Menyempat je nak camwhore lagi

Dina jadi emcee and welcoming us here. Bila dia announce je nama Echo, inviting him on stage. I was like erghhhh!! argghh!! gile bapak handsome!! lalu tangkas mencapai hp nak snap pic..sekali xsempat nak usya baik punya nama dah kena panggil suruh naik stage (orang pertama youu!!awww..yang lain dapat sisa I je ok..) Aku masih belum settle down lagi dengan hp. Dina announce nama sampai 2 kali sambil mata tercari-cari. Hoh!

Woopsiee!! adegan laga pipi dan hug-hug berlaku. Sorry Mr. Hubby.

Member lama dah tak jumpa gini la..Main tepuk amai-amai kejap ;p


Echo: Are you Malaysian?
Aku: Yes, I'm Malaysian (apo muko aku ado rupe Pinoy ka?nak tengok IC?)
Echo: Thank you for being here. 
Aku: *speechless* sambil merenung rakus muka beliau..(gila lembut dia cakap, oh melt, melt, like M&M).

(Press amik gambo dengan flash yang memanco-manco ke muke pah bedah)

Sederhana saja ketinggian beliau, muka lebih omputih compare to dalam tv, baju maybe saiz M. Charming I must say!. Tapi sayang, tak sunat (oppss terlebih suda)

Dah settle semua amik gambo dan verangan dengan beliau. Maka tibalah sesi bergambo beramai-ramai. Berebut-rebut ahkak ahkak nak berdiri sebelah die. I rilek je. Amik port tepi supaya muka clear takde orang enterprem. Baru kelas ko jah.

Ha..nak sangat dok sebelah kan dah tercover muka akak tu. Hihi..
Credit: Malaysian Digest

Dah clear tapi mulut pulak buat hal. Cis!
Credit: murai.com.my

Ha..baru semenggah sket muka
Credit: Utusan Malaysia

Haa..nah close-up..Sorry la pada ahkak yang tgh amik pic tu ye. Echo tgh pandang camera phone I.

Bila dah turun stage. Kene tunggu pic di'print'. Sangap menunggu 9 lagi naik stage. Aku feling-feling kejap kat bunting astro. Hihi..


Yay! Pic dah siap!!


de'bungesss'. Sayang tahu mahu makan Ferrero Rocher ittew..

Pas settle winner punye session. Baru la pintu ballroom tu dibukak untuk yang dah berpeluh, bersesak menunggu kat luar tu. Dekat sejam lebih kot tunggu. Kesian pulak aku tengok. Pakai mekap tebal-tebal dah cair. Pakai baju belit-belit dah sampai terikat tengkuk. Pakai topi cantik-cantik dah terbang ke mana tah. Siap ada bawak baby tu tak tahan.

Then, Echo buat performance. 4 lagu. Tajuk tak ingat sebab dah terhimpit-himpit ngan bontot orang kat meja yang kitorang dah cop siap-siap.




Habis dalam pukul 6.30 petang camtu. Tapi yang tak best nya organizer tahape-hape. Bukan ke pemenang dijanjikan dengan autograph Echo kat gambar tu? Takkan bergambar je? Takkan takleh spend masa borak-borak kejap kat meja? Dapat seminit sorang pun ok. Cukup untuk dapatkan autograph ke, pic secara solo dengan Echo ke..Ni habis je performance terus dengan Echo ke gecko ke aku tak nampak batang hidung. Siap buat kitorang tertunggu-tunggu. Tak tau ape kesudahan. At least bagitau la cemana arrangement semua. Korang ingat yang datang tu semua dekat-dekat ke? Rumah tepi hotel tu ke? Ada yang datang dari Penang kot. Ada yang spend duit stay kat hotel, dengan transport lagi. Dari start session bersama media, pemenang peraduan sampai la ke peminat. Buat pada masa yang sama. Ape yang exclusivenya? Sudahnya, kitorang blah je la. Ntah kenapa tetibe rase nak unsubscribe astro bella. Hewhew. Janji tidak ditepati.

Paling tak tahan peminat-peminat Echo siap melantak makanan yang dikhaskan untuk media. Depan mata aku sendiri ada sorang akak ni siap cabut bunga ros atas meja tu p bawak balik. Oh my! So kg dot com..

No comments: