Powered By Blogger

Thursday 28 March 2013

Travelogue - Bangkok (Day 2)

Kita sambung lagi.

Day 2 (3 March 2013 - Sunday)

Hari ke-2 kami bermula agak lambat, ditambah pula dengan waktu di sana yang sejam lambat dari waktu Malaysia menyebabkan bio-rhythm kami turut merangkak lambat. Ye lah, dalam kepala set pukul 9 tapi tengok jam baru pukul 8. Ok sambung tidur. Heh.

Target kami pada hari itu ialah..*dung!dung!dung!* ok, macam bagus je. Heh. Chatuchak Market (CM) atau weekend market. Kalau anda berkunjung ke Bangkok dan nak memborong, hah sini lah tempatnya. Macam-macam ada. Dah nama pun weekend market, pasar ini dibuka hanya pada hari Sabtu dan Ahad. Kalau datang hari lain makanya melepas, masuk angin keluar asshaap. Menurut local people, business hour start dalam pukul 10 macam tu.

So, after breakfast we've decided to went there by tuk-tuk. Interesting isn't it? Tambang dalam THB100 atau RM10. Location CM ni agak jauh, dalam 20 minit dari hotel. Tapi jangan risau, tuk-tuk ni available je dekat area hotel. Kalau nak naik cab pun sama. Jalan 5 tapak keluar hotel terus nampak bersepah. In fact diorang yang akan offer kita dulu. Lepas kawtim tambang, driver tuk-tuk mintak izin nak isi minyak dulu, tapi akan tinggalkan kami sebentar di kedai menjual barang-barang kemas dan souvenir. Memang style diorang kot akan tinggalkan tourist kejap kat kedai tu. Sebab masuk dalam je nampak ramai jugak manusia kat dalam tu. Kira pit-stop la tu. Takut jugak kami kot-kot kena tipu. Duit terbang, tuk-tuk dia penuh dengan minyak.

Keluar dari kedai terus nampak abang tuk-tuk tunggu. Phew!! Kami teruskan perjalanan ke CM. Tak sabar nak ushar leggings nih. Heee. Cuaca nampak ok. Tak panas dan tak hujan. Biasa-biasa aje. Tempat ni luas dan panas selalunya. Prepare saje sun block dan topi nyonya korang.  Just in case ya.

 Watch Out tau ;)


 



Cam-whoring like hell

Sudah kembali bertenang dan romantik lentuk bahu :)

Comel pule

Gedik-gedik dengan para boifren

Yay, dah sampai!! 



Kat area ni dapat rembat alas meja makan. Tak ingat price. Pandai-pandai lah tawar menawar ye.


Mengalahkan ibu shopping nampak. Pilih boxer angry bird.


Banyak kerenah ini budak. Siap berjoget lagu Thailand di tengah pasar. Bikin malu aje.

 Gerai makanan. Cari gerai akak yang jual kari tomyam ayam dan kebab. Halal dan sedap giler.





Drooling. Haus gilak!

Dah start hujan

 Berteduh kat area jual pinggan mangkuk. Menggiurkan sungguh.


Legging idaman - THB 200

Dekat 4 jam jugak meronda dalam tu. Borong baju Mr. Muncit dan dak tecit. Tak mau kalah shopping. Terperangkap dalam hujan satu hal. Kesian Mr. Muncit berlari-lari meredah hujan cari cab yang sanggup ke hotel kitorang. Actually, banyak driver cab tak sanggup ke area Makassan sebab jam gila khinzir tapi bagi alasan tak tau tempat. Hujan dan weekend lah penyebabnya. Mujur ada satu cab yang sanggup, tapi charge THB200. Hai, redha saje janji sampai. Dapat mandi dan tidak bermuka kentang lagi.

Jam - jammed - jamming ;)

Chargas sebelum terkulai tidur sampai malam

Itu saja aktiviti kami. Malam keluar cari makan area biasa. Nampak pulak banana pancake dengan nutella. Pergh superb. Stop dulu sini, nanti kita cerita pasal attractions baru kat Bangkok - Day 3. Daa..

No comments: