Powered By Blogger

Monday 25 March 2013

Travelogue - Bangkok (Day 1)

As salam..

Aku dan Mr. Muncit a.k.a Mr. Hubs memang travel junkies type of person. Dari zaman sebelum kahwin - dah kahwin tapi belum ada anak - sampai dah ada anak sorang. Memang kekal macam itu juga. Setakat ni still masih belum berkesempatan nak update travelogue-travelogue kami sebelum ini. Untuk tidak menyusahkan hidup, mari aku update journal yang paling latest - Bangkok. Mana lah tahu, boleh juga dijadikan guide untuk anda yang baru merancang nak melancong ke sana. Feel free to browse, walaupun tak seberapa - Free and Easy style.


Day 1 (2 March 2013 - Saturday)
Flight kami pukul 11.45 a.m dan expected time arrival dalam pukul 12.50 p.m (Bangkok-time) - an hour late from local time in Malaysia. Macam biasa, kami check-in siap-siap kat web Air Asia. Budak kecik excited dapat tengok 'yioplen' (aeroplane), tapi tidur masa flight take off sebab mengalami 'acrophobia' - takut berada di tempat tinggi a.k.a gayat orang kampung cakap. Even naik lif pun die boleh menangis.

Gedik tak sudah





Bajet Victoria Beckham - bajet je la

Sudah start cuak

Sampai je kat Don Muang International Airport, Bangkok - ambil luggage. Kami disambut oleh tourist guide untuk dihantar ke hotel tempat kami menginap - Ecotel Bangkok. Sepanjang perjalanan dari airport ke hotel, dapat kami lihat deretan showroom kereta import seperti Mazda, Chevrolet, Daihatsu, Maserati etc. Petrol station Petronas pun ada :). Traffic jam in Bangkok city is worst than what we saw in KL. 

Tolak jangan tak tolak

Comel je




Penat melalui trafik jam, akhirnya sampai juga di hotel yang terletak di New Petchuburi Road, Makkasan. Freshen up sekejap, check wifi coverage and update status. Now we're ready to explore nearby places. Tanya pasal muslim food diorang pun tak tau kat mana. Hmm..explore sendiri la gamaknya ni. Menapaklah kami mencari mall yang berhampiran. Nak makan yang dijual di tepi-tepi jalan memang tak tergamak la kan ;). Suddenly nampak Palladium Mall, terus masuk cari foodcourt. Manalah tahu ada stall yang jual halal food. Finally, we found it. Dalam banyak-banyak food court kat situ, hanya 2 je yang ada tanda 'Halal'. Belasah nasi goreng Tom Yam. Nasib sedap. The food court there uses a card system whereby unused fund can be refunded. 

After that, kaki dah start sakit-sakit, cari la selipar yang comfort. Kene tekan sampai THB220 lebih kurang RM22. Tak kisah lah, janji selesa nak sambung jalan. Window shopping - banyak baju lawa-lawa, ada yang dijual secara borong. Patutla ramai retis Malaysia yang pulun beli stock baju kat Bangkok pastu jual kat Malaysia sampai 3-4 kali ganda. Bijak..Bijak..Tapi sabar, kita simpan duit ye, bukan sini tempatnya. Kita tunggu sampai Chatuchak Market esok.


Jalan-jalan dan terjumpa ini - Bila BN dan Pass bersatu mungkin

Malam hanya lepak di bilik sebab dah kekenyangan. Kaki Mr. Muncit pun dah tengkot-tengkot (bahasa apakah ini?) Basically, hotel ni an average stay I must say - close to shopping malls like Platinum Fashion Mall, Palladium Mall, MBK Mall, Siam Paragon Mall, Siam Discovery etc, convenience stores and stalls. The problem is they have poor air conditioning system and the water came out from the shower is either very hot or very cold. Besides, the water is so dirty. Terpaksa beli sebeban air mineral untuk bekalan kat 7E tadi. Siap kena paw 3 biji kereta Hot Wheels. Afif oh Afif  *geleng kepala*. Dah penat berjalan, haruslah tidur tak ingat dunia. Esok kita sambung jalan.


To be continued 

No comments: