Powered By Blogger

Thursday 5 September 2013

Bandung 3D 2N Trip - Part 2 (End)

Day 2

Cakcibo's family dan bentara guru memulakan hari dengan yummeh breaky di hotel. Siap ada pakcik main gamelan.  Full house betoi cafe tu. Seriously, makanan die memang banyak pilihan dan sedap. Nah, sila jamu mata..






Penuh meja bak hang!! sila isi full tank sebab nak simpan tenaga meroyan di Pasar Baru

After breaky, pak supir dah menunggu kat concierge. Memang dah janji untuk pick up kitorang dalam pukul 9.30 pagi sebab Pasar Baru bukak dalam pukul 10 pagi katenye semalam. Bagus service die, punctual..

 Pak cakcibo borak dengan pak supir (lupa nama). Tetibe baby cakcibo menyelit dalam conversation itu 'Iyyaa Pakk!!' terburai gelak sorang-sorang.

 Ko nampak advisor kat tepi tu? jangan buat hal salah potong kain pulak.

Muke kalau buat report pun tak seserius ini.

Pagi-pagi dah meroyan kat Pasar Baru. Beli kain pasang nak buat baju raya. Chiffon semeter dalam IDR 25000 ke 30000, untuk 'filter' kat dalam tu beli lining dalam range tadi tu jugak. Kain die sedap wok pakai - Flowy. Dalam Pasar Baru ni giler bersepah kot kedai kain. Kalau pukul 10 pagi korang masuk, belum tentu lewat petang akan keluar kalau nak compare2 harga bagai. Haha..Seriously, kitorang memang tak ade masa untuk itu. Maka Pak Supir kata jangan risau, once kitorang jejak je Pasar Baru tu akan ada pekerja dia bawakkan kitorang ke kedai-kedai yang kitorang nak sahaja. You named it, you got it (cewah) - Budak tu akan bawak kami ke kedai-kedai yang reasonable compared to kedai lain katenye (ye lah tu, ingat aku nak percaya? tapi sebabkan mase singkat giler..ada hari ni je untuk shopping, aku iye kan aje)

Macam kedai kain ni die kata ada kilang, so harga pun murah la sebab memang direct dari kilang die. Betul ke idak aku pun taktau. Belasah aje la labu..Pas mission kain pasang accomplished, pergi beli benda lain pulak..Cakap kat adik tu nak beli telekung, jubah, kemeja, t-shirt, bag tangan, kasut kejadah semua die bawakkan. Memang not bad kedai-kedai yang die bawakkan tu. Janji kena pandai tawar-menawar.

Mil aku ni ye ye je kata tak shopping banyak. Sekadar nak beli 2 jubah dan 2 telekung - shopping untuk diri sendiri la konon. Sekali ko, amik..barang-barang untuk sekampung dibelinya..terpakse la tukar duit lagi..tu la..aku dah cakap mustahil nye nak beli sekadar 4 benda tu once dah jejak Bandung..Sila dengar nasihat pakar ye len kali..Kali ni aku tak banyak beli barang-barang pesanan..Banyak 'jual ikan' dalam trip kali ini..Beli baju sendiri, baju pak cakcibo dan baju anak. Beli barang pesanan pun  untuk parents aku dan 2 orang bff ku Mira & Erni - Telekung. Barang-barang kitorang yang berbondong tu budak tu yang bawakkan..Tapi jangan la pulak tak bagi tips..kesian dia tau (walaupun dah tau pak supir mesti akan bagi komisen jugak akhirnya kat dia) - Sense of humanity :)

Ada aku kisah mak aku tengah meroyan? Janji iphone ada dalam genggaman.

Dalam pukul 2 baru keluar dari Pasar Baru tu. Bayangkan, tu baru kedai-kedai terpilih..Belum lagi kedai-kedai persinggahan kalau nak compare harga..Kalau B2B yang dok cari kelengkapan kawen tu aku tak tau la diorang mampu kuwa dari situ pukul berapa..Isy, idok la teman..Dengan bawak anak kecik lagi..Pastikan awasi mereka selalu..Next mission, makan la..lapar giler kot..

On the way ke rumah makan, dak kecik dah tumpas..kesian

Aku request kat Pak supir nak makan kat Restoran Sangkuriang (Jalan Karang Sari, Setiabudhi) yang spesel dengan makanan Sunda - nak tau lagenda Sangkuriang ni refer sini Lagenda Sangkuriang (selalunya kalau kita pergi Tangkuban Parahu memang akan diceritakan pasal lagenda ni)




Berjodoh jua dengan jus alpukat

Suriram..suriram..siram..siram..kuah kicap sambal

 Gurame Bakar


 
 Boleh gak la kalo nak dok sini

  Overall kene dalam RM80+..kenyang..sedap dan puas hati..cikebom..cikebom..

 Perut kenyang sukahati..Boleh sambung shopping..Next mission- Rumah Mode


Makcik berjalan keluar dari fos dengan bangganya..




 Ada orang sibuk tgk fish kat pond belakang tu

Rumah Mode ni lebih kurang cam standard rate Jusco kite la..Kat sini aku belanja pak cakcibo jeans, kesian tadi die dok tunggu lama aku shopping masa kat Pasar Baru..Murah giler kot jeans branded kat sini..Beli baju anak pastu dah..hihi..Tengok jam pun dah petang gitu, naik van balik sambil fikir nak pergi mana lagi..Betara guru dah tak larat, so setakat tu saje la mission kami bersopink..Beliau request nak balik hotel..Sedih tak? Baru pukul 5 petang dah lepak hotel..Hahahadoi..Takpelah, ada rezeki lain kali pergi lagi, bisik pak cakcibo kat telinga aku bila sampai hotel..maybe perasan muke kuciwaku itu..

Sepanjang perjalanan balik hotel tu kami lalu kat Jalan Cihampelas - sini pun korang boleh shopping barang-barang macam jeans, leather etc..Aku tau sebab aku pernah pergi sini mase trip dengan kengkawan di zaman single dulu..Nak tau Jalan Cihampelas tu senang je..trademark die superhero..Tak caye? tengok ni..


Pak Supir kata Spidey ni lucah

 Mr. Bean ni dikire hero ke?

  


Day 3

After breakfast kitorang layan swimming pool


Abiikk sujuukk
 

Tak puas kat pool sambung kat tub..Haih..Dah macam waterbirth pulak..

Lepas siap-siap packing barang and ready for airport transfer kitorang mintak van hotel stop kejap dekat Kartika Sari..Kedai ni is a must visit kalau korang kat Bandung..Sebab brownies kukus die sedap gile nak mati..ada macam-macam jenis kek/kuih, pisang sale biasa/salut choc, kek pisang dan macam-macam lagi..




Brownies kukus

Ni branches die..Aku beli ni yang kat Jalan Kebon Jukut

Amende tah tapi filling die pisang

Ni beli kat 7E sane

 Yay!! Balik!!

TAMMAT <versi cerita P. Ramlee>

2 comments:

Sheila Salim said...

Assalamualaikum... sedapnya tengok makan2 ni. Bandung, Bali memang syurga shopping orang kata. hehehe. kalau sheila pergi, rasanya nak balik tu payah kot. semua benda nak beli. heeeeeeeee

~MaMa RX SToRYMoRY~ said...

preorder pisang sale, pisang bolen, bagelen, brownies kartikasari & brownies amanda fresh from bandung.whatsapp ina 0192633431 @ IG dazlina daud