Powered By Blogger

Tuesday 19 March 2013

Pindah Rumah - Part 2 (End)

As salam,

Hari itu saya telah berjanji bahawa akan menulis tentang lampu pula bukan? Ya, sungguh skema ayat ini. Saya suka :)

Sekarang ni bukan susah mau survey dengan cepat dan pantas. Google kan ada. Macam biasa taip aje 'Kedai Lampu Murah'. Tadaaa, dah keluar segala macam result dan review dari pelbagai blog. Tak payah nak masuk kedai satu-satu. Jimat masa, tenaga, duit tol dan duit minyak. Berblog-walking lah aku dari satu page ke page yang lain demi mencari sesuap nasi. Eh?!

Finally, we've decided to choose one of the lighting shop at Puchong based on positive reviews (in terms of pricing, variety and quality) given by the bloggers. So, yerp, we went to Houses Lightings or if u search via Google and came across with keyword 'House of Lights/Lightings', well..I can tell you that it is the same shop. Don't ask me why :).

Semangat! Kedai belum bukak lagi dah menunggu kat parking.

So, here's the address: No. 33, Jalan BPU 6, Bandar Puchong Utama (near flyover at Bandar Puchong Utama). Open on Tuesday - Saturday (10.30 a.m to 8.00 p.m), Sunday (12.00 p.m to 5 p.m) and close on Monday.

Located besides Jatikraf Furniture Shop

Target nak beli lampu kat living room, kipas (yes, kipas susah mati also available), lampu kat dining, lampu bilik, staircase dan lampu kat porch. Meh aku tepek sikit hasil observation hari itu. Ada yang price tag clear, ada yang tak nampak. Kalau ada tu rezeki korang lah ye.

Rembat yang belah kiri untuk dining. 3rd choice, sebab banyak dah habis stock. Asal lawa jek habis. Mencik ah!!

Lampu kat bilik sikecik. Dia tunjuk nak lampu Ultraman. Ok.


Berkenan betul. Tapi jamu mata je.

Hub's choice untuk lampu porch.

Downlights





Rembat untuk living hall


Banyak lagi hasil rembatan yang tak sempat diambil gambarnya. Here's the tips that you're waiting for. Avoid going there on weekend people!. Otherwise, you'll get stuck in a crowd of people. Crazy! Sesak giler kot. Dengan nak memilih lampu, dengan nak pilih bulb, testing lagi. Nak bayar siap kena ambil nombor ye. Tapi kalau dah takde choice, kena pergi jugak weekend. Haaa, tunggu la sebelum kedai bukak pintu. Tak menang tangan staff-staff kat situ nak entertain customer.

Dinasihatkan bayar tu pakailah cash. Harap maklum. All in all dari pukul 12 tengahari masuk, keluar pukul 4 petang. Memilih punya pasal. Price memang cheaper compared to other shops (pernah survey jugak kedai-kedai lain), variety of designs and installation services is provided as well.  Memang satisfied! Berbaloi dengan 'dedaunan kering' yang dikeluarkan. Cuma satu je, keluar kedai sediakan je lah Ammeltz yoko-yoko, punya la penat mendongak. Kalau yang bawak anak kecik, ha pandai-pandai la ye. Hehe.

Bila dah siap install. Gini lah lebih kurang ropa parasnya.


Living Room


Dining Section

Yang selebihnya lampu-lampu bilik, porch dan dekat staircase, idok le teman nak ambil gambarnye ye. Tak berkesempatan. Plus penyakit 'M' melanda. Hihi..

Selamat mendongak yaw!! 

No comments: