Powered By Blogger

Monday 29 April 2013

Fly High with Little Caliph

Family kecil kami sangat jarang dapat menghabiskan masa hujung minggu bersama. Ini kerana sang suami selalu sibuk dengan job beliau sebagai wedding and event photographer. Asal weekend je mesti ada job di sana sini. Jadi, masa bersama family sangatlah terhad. Aku bukanlah merungut, tapi bersyukur, Alhamdulillah. Semoga Allah murahkan rezeki kami sekeluarga. Amin.

Jadi, weekend lepas, memandangkan Mr. Muncit tiada apa-apa program, kami mengambil keputusan untuk spend time dengan si kecik. Penat juga fikir nak buat aktiviti ape. Shopping? Bosan. Tido? Baik tak payah. Kalau boleh nak aktiviti yang dia boleh explore new thing. Sudahnya, gue cadangkan kami bawa si kecik main layang-layang di Taman Layang-layang Kepong.

Menurut Mr. Muncit, kalau pergi dalam pukul 5-6 petang memang susah nak dapat parking. Jadi, kami keluar dari rumah Mak Mertua kat Selayang (dekat je pun, tapi banyak menyinggah) agak awal. Sampai di destinasi dalam pukul 4.30. Sebenarnya, ni first time jugak la gue jejak kaki kat sini. Ye la, apekejadosshh aku nak datang sini kan kalau tak ada si kecik. Turun-turun kereta je mata dak kecik dah rambang tengok macam-macam layang-layang ada kat situ.  Mulut becok kemain mintak itu ini. Kalau boleh sampai 10 layang-layang dia nak rembat. Akhirnya, bapa mithali belikan juga la. Murah je, 7 hengget.

Mula-mula Abi kena naikkan layang-layang. Afif tengok dulu.

 
Macam dengar briefing pulak. Bila dah naik baru Afif boleh pegang sambil berlakon poyo di hadapan awek konon Afif yang naikkkan sendiri. 

Ape yang Abi cuba lakukan tu? Gwiyomi gaya itik kah?

Abi blah sebab asyik kena marah dengan Afif. Tak bagi ambik layang-layang dia.
  
Cewah..Sekali terlepas penat mengejar macam lari tak cukup tanah.

Muka beria.



Ni apehal sampai terbongkok-bongkok ni
  
 Nak main sorang-sorang. Tak mau ada orang pegang sama.

 Padan muka kaki dah terbelit


Marah betul ni. Abi nak betulkan tali pun tak bagi.


Muka nak nangis tali layang-layang kena ambik

Tengok tu, dah pandai tarik muka tak puas hati.

 Dalam sejam je main sebab dah start guruh berdentum-dentum. Si kecik happy sampai nak bawak layang-layang tidur. Mak bapak plak happy sebab dapat spend quality time together. 

No comments: