Powered By Blogger

Wednesday, 30 April 2014

Gua Tinggal!!

Helloww eberibodi,

Phew huh, seriously blogku udah berhabuk..Banyak benda nak update tapi akibat bz yang teramat, maka tak berjaya gak nak update blog.

Lepas previous entry, beberapa bulan selepas itu aku dioffer kije baru..yippie..mihmih..Mase HR call for interview tu aku macam blur-blur..sebabnye application tu dah lama giler aku submit..nak dekat setahun gak la..nak dijadikan cerita memang tengah ada vacancy maka aku dipanggil interview..tung tang tung tang pegi 2 kali interview lalu bulan December tahun lepas officially jadi warga 'P' (Bye bye 'N'). 

Bila start kerja baru macam biasa akan tunggang terbalik adapting dengan new environment, colleagues and new working culture company baru..pejam celik pejam celik lagi sebulan probation period daku akan berakhir..tu pun kalu bos nak confirmkan haha..kalau tak confirm aku bakar bilik bos..mihmih..

Lebih kurang 2 bulan masuk kerja baru, Alhamdulillah terus dapat peluang kerja outstation ke India for 2 weeks. Basically, its a very nice country & people and at the same time very challenging for me when it comes to food. Yes, we became vegetarian. Ok nak nangis bile ingat. Hahaha. 

Kalau tanya pasal languange barrier of course ada. Luckily tempat-tempat yang kami pergi tu kat central India and most of them speak in hindi. Mujurla rajin tengok movie citer hindustan. At least tau jugak la sikit-sikit (hindi languange: toda toda) bahasa diorang hahaha..Pastu try speaking rojak English - Hindi..pergh nampak diorang punya muka kagum..Scene: Aku nampak keta berarak sebab ade orang kawen pastu aku  tanya driver kitorang tu guna perkataan ni je - "Shadi??" (Kahwin??) terus budak sebelah die terkejut yang aku leh cakap hindi..haha..padahal teringat citer hindustan kat panggung sabtu yang banyak membantu bahaha..terus acceptance diorang kat kami yang strangers ni ada baik and they respect us more. Padahal satu dua perkataan je yang aku tau..haha..nanti akan aku ceritakan kat next entry..

They really can speak English but the hindi accent is so pekat la wey..bergulung dan bersambung antara satu perkataan ke perkataan yang lain..kalau ko tengah dengar explanation or tengah berkomunikasi dengan diorang secara automatis dahi akan berkerut dan telinga serta mata begitu fokus mendengar and you'll use your 'read my lips' skill..hahaha..tapi point yg nak disampaikan tu dapat..cuma otak lambat sket nak interpret..dah lama sikit baru la 'oooo' hahaha..

2 weeks and so many stories to tell you guys..So, stay tuned..

Ni aku belanja sikit gambar masa kat sana..


Taj Mahal bak hang!!

Info: Bench yang aku duduk tu adalah bench yang sama Princess Diana & Aishawarya Rai dok bergambo..They called it VIP Bench.



Thursday, 5 September 2013

Bandung 3D 2N Trip - Part 2 (End)

Day 2

Cakcibo's family dan bentara guru memulakan hari dengan yummeh breaky di hotel. Siap ada pakcik main gamelan.  Full house betoi cafe tu. Seriously, makanan die memang banyak pilihan dan sedap. Nah, sila jamu mata..






Penuh meja bak hang!! sila isi full tank sebab nak simpan tenaga meroyan di Pasar Baru

After breaky, pak supir dah menunggu kat concierge. Memang dah janji untuk pick up kitorang dalam pukul 9.30 pagi sebab Pasar Baru bukak dalam pukul 10 pagi katenye semalam. Bagus service die, punctual..

 Pak cakcibo borak dengan pak supir (lupa nama). Tetibe baby cakcibo menyelit dalam conversation itu 'Iyyaa Pakk!!' terburai gelak sorang-sorang.

 Ko nampak advisor kat tepi tu? jangan buat hal salah potong kain pulak.

Muke kalau buat report pun tak seserius ini.

Pagi-pagi dah meroyan kat Pasar Baru. Beli kain pasang nak buat baju raya. Chiffon semeter dalam IDR 25000 ke 30000, untuk 'filter' kat dalam tu beli lining dalam range tadi tu jugak. Kain die sedap wok pakai - Flowy. Dalam Pasar Baru ni giler bersepah kot kedai kain. Kalau pukul 10 pagi korang masuk, belum tentu lewat petang akan keluar kalau nak compare2 harga bagai. Haha..Seriously, kitorang memang tak ade masa untuk itu. Maka Pak Supir kata jangan risau, once kitorang jejak je Pasar Baru tu akan ada pekerja dia bawakkan kitorang ke kedai-kedai yang kitorang nak sahaja. You named it, you got it (cewah) - Budak tu akan bawak kami ke kedai-kedai yang reasonable compared to kedai lain katenye (ye lah tu, ingat aku nak percaya? tapi sebabkan mase singkat giler..ada hari ni je untuk shopping, aku iye kan aje)

Macam kedai kain ni die kata ada kilang, so harga pun murah la sebab memang direct dari kilang die. Betul ke idak aku pun taktau. Belasah aje la labu..Pas mission kain pasang accomplished, pergi beli benda lain pulak..Cakap kat adik tu nak beli telekung, jubah, kemeja, t-shirt, bag tangan, kasut kejadah semua die bawakkan. Memang not bad kedai-kedai yang die bawakkan tu. Janji kena pandai tawar-menawar.

Mil aku ni ye ye je kata tak shopping banyak. Sekadar nak beli 2 jubah dan 2 telekung - shopping untuk diri sendiri la konon. Sekali ko, amik..barang-barang untuk sekampung dibelinya..terpakse la tukar duit lagi..tu la..aku dah cakap mustahil nye nak beli sekadar 4 benda tu once dah jejak Bandung..Sila dengar nasihat pakar ye len kali..Kali ni aku tak banyak beli barang-barang pesanan..Banyak 'jual ikan' dalam trip kali ini..Beli baju sendiri, baju pak cakcibo dan baju anak. Beli barang pesanan pun  untuk parents aku dan 2 orang bff ku Mira & Erni - Telekung. Barang-barang kitorang yang berbondong tu budak tu yang bawakkan..Tapi jangan la pulak tak bagi tips..kesian dia tau (walaupun dah tau pak supir mesti akan bagi komisen jugak akhirnya kat dia) - Sense of humanity :)

Ada aku kisah mak aku tengah meroyan? Janji iphone ada dalam genggaman.

Dalam pukul 2 baru keluar dari Pasar Baru tu. Bayangkan, tu baru kedai-kedai terpilih..Belum lagi kedai-kedai persinggahan kalau nak compare harga..Kalau B2B yang dok cari kelengkapan kawen tu aku tak tau la diorang mampu kuwa dari situ pukul berapa..Isy, idok la teman..Dengan bawak anak kecik lagi..Pastikan awasi mereka selalu..Next mission, makan la..lapar giler kot..

On the way ke rumah makan, dak kecik dah tumpas..kesian

Aku request kat Pak supir nak makan kat Restoran Sangkuriang (Jalan Karang Sari, Setiabudhi) yang spesel dengan makanan Sunda - nak tau lagenda Sangkuriang ni refer sini Lagenda Sangkuriang (selalunya kalau kita pergi Tangkuban Parahu memang akan diceritakan pasal lagenda ni)




Berjodoh jua dengan jus alpukat

Suriram..suriram..siram..siram..kuah kicap sambal

 Gurame Bakar


 
 Boleh gak la kalo nak dok sini

  Overall kene dalam RM80+..kenyang..sedap dan puas hati..cikebom..cikebom..

 Perut kenyang sukahati..Boleh sambung shopping..Next mission- Rumah Mode


Makcik berjalan keluar dari fos dengan bangganya..




 Ada orang sibuk tgk fish kat pond belakang tu

Rumah Mode ni lebih kurang cam standard rate Jusco kite la..Kat sini aku belanja pak cakcibo jeans, kesian tadi die dok tunggu lama aku shopping masa kat Pasar Baru..Murah giler kot jeans branded kat sini..Beli baju anak pastu dah..hihi..Tengok jam pun dah petang gitu, naik van balik sambil fikir nak pergi mana lagi..Betara guru dah tak larat, so setakat tu saje la mission kami bersopink..Beliau request nak balik hotel..Sedih tak? Baru pukul 5 petang dah lepak hotel..Hahahadoi..Takpelah, ada rezeki lain kali pergi lagi, bisik pak cakcibo kat telinga aku bila sampai hotel..maybe perasan muke kuciwaku itu..

Sepanjang perjalanan balik hotel tu kami lalu kat Jalan Cihampelas - sini pun korang boleh shopping barang-barang macam jeans, leather etc..Aku tau sebab aku pernah pergi sini mase trip dengan kengkawan di zaman single dulu..Nak tau Jalan Cihampelas tu senang je..trademark die superhero..Tak caye? tengok ni..


Pak Supir kata Spidey ni lucah

 Mr. Bean ni dikire hero ke?

  


Day 3

After breakfast kitorang layan swimming pool


Abiikk sujuukk
 

Tak puas kat pool sambung kat tub..Haih..Dah macam waterbirth pulak..

Lepas siap-siap packing barang and ready for airport transfer kitorang mintak van hotel stop kejap dekat Kartika Sari..Kedai ni is a must visit kalau korang kat Bandung..Sebab brownies kukus die sedap gile nak mati..ada macam-macam jenis kek/kuih, pisang sale biasa/salut choc, kek pisang dan macam-macam lagi..




Brownies kukus

Ni branches die..Aku beli ni yang kat Jalan Kebon Jukut

Amende tah tapi filling die pisang

Ni beli kat 7E sane

 Yay!! Balik!!

TAMMAT <versi cerita P. Ramlee>

Wednesday, 4 September 2013

Bandung 3D 2N Trip - Part 1

Morning!!

Kalau kita gugel 'Bandung Trip' for sure melimpah-ruah entry pasal Bandung, Indonesia ni wujud. Menunjukkan orang Malaysia ni kaya. Sopink tak main dalam negara, rase nak sopink kain ela - pergi Bandung, tak main jekel mekel nih..Ada tu, Bandung ni dah jadi macam port bermain pule..akibat kekerapan kesana..miahaha..Tapi lain orang lain experience nya. Aku tak kira, nak gak buat entry pasal Bandung aritu <insert suara Sang Kancil 'Jangan monyet..jangan!!'>

Disebabkan fenomena ini, kalau gi sana aku rase dah tak macam gi Indon..Rase cam kat Malaysia je..bersepah muke orang Malaysia kat hotel and mall..haha..Siap ada org sana yang fluent giler cakap bahasa melayu 'accent Malaysia'. Even ada yang 'speaking' klate pun ade wok!!..Bab harga barang-barang yang selalu menjadi tumpuan orang Malaysia kat sana idok le murah mane pun..Lebih kurang je harga kat Malaysia..Oh!! dan tambah duit flight ;p..Diorang pun pandai maa..nak untung..

Nak dijadikan cerita bulan May aritu aku dan bapak cakcibo serta anak cakcibo pergi ler Bandung (gaya ayat macam Bandung tu kat belakang rumah je)..Saje nak jalan-jalan and makan-makan bawak 'betara guru' a.k.a mak mertua jalan-jalan. Asik dok jaga cucu-cucu aje kat rumah tu (yang pasti bukan anak aku), kesian pulak aku tengok die tak der masa nak meng-enjoy-kan diri buat benda lain selain memasak, mengemas umah dan membasuh poo-poo cucu-cucu. So, kita angkut sekali beliau berjalan makan angin. Tak lama, 'kidnap' 3 hari 2 malam je. Pergi Friday balik Sunday.

Sampai sana pun dah petang. Flight promo Air Asia kan selalu camtu..asal promo je..tak awal pagi  -sebelum subuh sepi'e..mesti dah lewat2 pagi or petang..Maka kitorang sampai pun dalam pukul 3 ptg..
Bandung tengah hujan renyai-renyai..


Dah jejak kaki, haruslah terus ke imigresen kite main jegil-jegil mata kat camera bulat dan cop-cop macam pejabat pos. Beratur panjang itu standard ye. Harap bersabar. Sementara menunggu turn menjegil mata tu bapak cakcibo dihampiri seseorang yang beruniform tentera - memperkenalkan diri beliau sebagai Pak Soleh dan mengoffer perkhidmatan supir untuk hantar kitorang ke hotel..Bagus Pak Soleh ni, buat part time ko ye. 
Mulanya kami jual mahal sebab hotel ada provide transportation. So, ambil kartu (bisness card) beliau saje. Just in case..

Settle urusan imigresen, kami pun tunggu la van hotel. Dekat setengah jam tak nampak bayang. Jenuh pak cakcibo cari, tidak ketemu kok!! Duh!! dah la hujan ni. So, kitorang decide pergi lepak dan berteduh kat cafe seberang jalan. Tetibe boleh pulak terjumpa balik ngan Pak Soleh ni, die 'cucuk' lagi nak hantar ke hotel. Aku pun cakap ler kat bapak cakcibo. Belasah je la naik, dah desperate ni. Kalau takder budak kecik and warga emas takpe lagi. Final decision - Naik van Pak Soleh. 

Sementara menunggu tu die cucuk lagi, kalau nak jalan-jalan area Bandung, dia ada gak provide sewa van + driver. Pak Cakcibo tanya aku lagi - nak sewa ke tidak? Aku kata..Ok jer, accept, walaupun aku dah pernah datang Bandung dan dah target tempat mana nak pergi, tapi disebabkan masa yang terlalu singkat dan nak kan keselesaan untuk budak dan 'senior citizen', sudahnya, kitorang naik gak la van dia. Rate die aku tak berapa ingat dah, rasenye dalam IDR 150,000 lebih kurang RM45 duit kita untuk sewa dari pagi sampai malam or sampai korang give-up nak shopping. Kalau korang nak pergi Tangkuban Parahu lain pulak charge ye. 

Finally, dapat check-in jugak. Rupanya van hotel dah tunggu tapi blah awal sebab flight lambat sampai..Boleh?? Hempuk ngan luggage baru tau..

Check-in kat Aston Braga (Jalan Braga). Book awal-awal masa kat MATTA Fair. Awat la muka mil aku dari tadi dok masam je. Biasa lah orang tua, kidnap kejap dok teringat ayam itik lah, cucu lah, periuk belanga dapur gas semua. Huhuhu..Kitorang book apartment je kat Aston Braga. So far ok la, ada 2 bilik, ada dapur, sinki dan peralatan memasak - Comfy. Location die dekat je ngan Pasar Baru, tapi disebabkan jalan area tu selalu mecit (jammed), memang nak sampai pun agak lama la kan. Tapi breakfast memang best. Siap ada swimming pool walaupun kecik to'ek. Dah jadi kemestian pulak pas ada baby cakcibo ni tetiap kali book hotel kene cari yang ada swimming pool. Bahaha..

After check-in dan freshen-up kejap, selamber mintak pak supir bawak gi makan. Dia bawak kitorang ke Kedai Belacan (Jalan Halmera). Kat sini, restaurant diorang panggil 'Rumah Makan'. Tried their ayam penyet dengan ayam belacan - pergh!! sedap tahap infinity. Order Jus Alpukat, tapi tak de rezeki plak sebab encik alpukat (avocado takdo). Huk..Mak sedddihhh!!


 Lapaq baq hang!!

 Baby tua makan sup ngan nasi ajer

Tingkat atas

 Dah senja dah time ni..

Settle je melantak, ikutkan hati nak merayap lagi. Tapi apekan daya betara guru tak larat dan nak balik hotel. Baiklah..menurut perintah..Siap buat dialog 'kamurang ni nak kemana lagiii??!!' - Ah, once dah cakap gitu paham-paham la ye, perintah berkurung dah dikuatkuasakan. Esok kita sambung - Deal dengan pak supir for Pasar Baru. 

     Aktivitas bile dah balik hotel..Orang lain punye turn tunggu la sejam dua lagi kalau pakcik ni dah kongker.


To be continued for Part 2