Powered By Blogger
Showing posts with label little caliph. Show all posts
Showing posts with label little caliph. Show all posts

Monday, 29 April 2013

Fly High with Little Caliph

Family kecil kami sangat jarang dapat menghabiskan masa hujung minggu bersama. Ini kerana sang suami selalu sibuk dengan job beliau sebagai wedding and event photographer. Asal weekend je mesti ada job di sana sini. Jadi, masa bersama family sangatlah terhad. Aku bukanlah merungut, tapi bersyukur, Alhamdulillah. Semoga Allah murahkan rezeki kami sekeluarga. Amin.

Jadi, weekend lepas, memandangkan Mr. Muncit tiada apa-apa program, kami mengambil keputusan untuk spend time dengan si kecik. Penat juga fikir nak buat aktiviti ape. Shopping? Bosan. Tido? Baik tak payah. Kalau boleh nak aktiviti yang dia boleh explore new thing. Sudahnya, gue cadangkan kami bawa si kecik main layang-layang di Taman Layang-layang Kepong.

Menurut Mr. Muncit, kalau pergi dalam pukul 5-6 petang memang susah nak dapat parking. Jadi, kami keluar dari rumah Mak Mertua kat Selayang (dekat je pun, tapi banyak menyinggah) agak awal. Sampai di destinasi dalam pukul 4.30. Sebenarnya, ni first time jugak la gue jejak kaki kat sini. Ye la, apekejadosshh aku nak datang sini kan kalau tak ada si kecik. Turun-turun kereta je mata dak kecik dah rambang tengok macam-macam layang-layang ada kat situ.  Mulut becok kemain mintak itu ini. Kalau boleh sampai 10 layang-layang dia nak rembat. Akhirnya, bapa mithali belikan juga la. Murah je, 7 hengget.

Mula-mula Abi kena naikkan layang-layang. Afif tengok dulu.

 
Macam dengar briefing pulak. Bila dah naik baru Afif boleh pegang sambil berlakon poyo di hadapan awek konon Afif yang naikkkan sendiri. 

Ape yang Abi cuba lakukan tu? Gwiyomi gaya itik kah?

Abi blah sebab asyik kena marah dengan Afif. Tak bagi ambik layang-layang dia.
  
Cewah..Sekali terlepas penat mengejar macam lari tak cukup tanah.

Muka beria.



Ni apehal sampai terbongkok-bongkok ni
  
 Nak main sorang-sorang. Tak mau ada orang pegang sama.

 Padan muka kaki dah terbelit


Marah betul ni. Abi nak betulkan tali pun tak bagi.


Muka nak nangis tali layang-layang kena ambik

Tengok tu, dah pandai tarik muka tak puas hati.

 Dalam sejam je main sebab dah start guruh berdentum-dentum. Si kecik happy sampai nak bawak layang-layang tidur. Mak bapak plak happy sebab dapat spend quality time together. 

Thursday, 25 April 2013

Candy Crush Phenomenon

Hi,

Recently, my Facebook notifications flooded with friends (and strangers) inviting me to join and play Candy Crush Saga and even requests for lives. Well, it seems like Candy Crush is everywhere at the moment.

So, I downloaded the game from App Store and tried it. My intention is to see what the fuss is all about and why this game ruining people's life :p. Yeah, kinda like it. The candy actually makes me drooling. Haha..

Source: Google

And tell you what! I'm shocked by the fact that my 2 year old son now already know how to play it after several attempts. He took the phone and keep playing this game instead of playing his Pocoyo and Pororo games like he usually does. I can tell that he is now Candy Crush fanboy. Now, this game really ruining mommy's life. Hey, I need my phone!

Tuesday, 2 April 2013

Travelogue - Bangkok (Day 3): Part 1

Tak banyak tempat yang kami dapat singgah memandangkan vacation kali ini sangat pendek tempohnya. Mengambil kira juga keadaan dak tecit. Especially mak bapak dak tecit yang penat nak melayan kerenah yang semakin lasak tak reti diam. 

So, hari ke-3 kami hanya meronda ke Siam Paragon. Jom tengok :)

Day 3 (4 March 2013 - Monday)

Macam biasa lepas breakfast kitorang mencari tuk-tuk, tapi tiba-tiba ditegur oleh sorang pakcik van (van pulak dah) yang bertanyakan kami nak ke mana. Kami pun dengan blur-blur katak cakap nak ke Siam Ocean World (SW) dan Madame Tussaud (MT). Pastu dia tanya lagi, ada beli tiket awal-awal tak. Jawapannya mesti la tak. Takut aku nak ambil risiko pakai credit card bayar online nih. Huhu. Memang kami dah plan nak beli terus masa kat entrance ataupun cari package kat mana-mana agent instead of beli through website here. Then kami diberitahu kalau beli direct kat entrance, tiket mahal and children pun kena bayar. Tapi kalau beli dengan agent harga dapat murah dan children tak perlu bayar. Ok, interesting, kami pun ikut pakcik tu ke office agent untuk dapatkan further explanation. Meh kita tengok harga standard (harga entrance fees sahaja tak termasuk special activity) kalau beli walk-in dan online.

Madame Tussauds

Location: Siam Discovery (6th Floor)
Entrance Fees: Adult - THB 800 & *Child /**Senior - THB 600

*Over 5 years old
** Over 65 years old

Siam Ocean World

Location: B1 - B2 Floor, Siam Paragon
Entrance Fees: Adult - THB 900 & Child (80-120cm) - THB 700

If u guys beli online dapat ler 20% off dari standard price tu. Kalau beli tiket 'burung awal' secara online pulak (masuk before 12 noon) dapat ler 50% diskawon. Tapi aku tak sure masih wujud ke tidak promo tu, sebab kat website kata sampai end of Feb 2013 saje. Online booking valid sampai 30 days from date of purchase ye.

Actually, instead of beli ticket secara berasingan. Korang boleh combine beli ticket masuk SW dan MT ni sekali. Lagi murah dan senang. Kalau beli pakai agent tak kisah la nak masuk yang mana dulu. Sebab jarak antara dua tempat ni dekat je, walking distance. Tapi tak applicable kalau beli secara online ye. Korang kena visit MT first baru boleh collect SW ticket. Ni lak ghega ticket kalau combine.

Combo 1 (MT+SW)
Entrance fees sahaja tak termasuk special activity:
Adult - THB 1,700 (WI)/THB 1,360 (OL)
Child - THB 1,300 (WI)/ THB 1,040 (OL)
(-20% from standard price)

Combo 2 (MT+SW)
Yang ni pulak package untuk admission dan aktiviti tambahan:
1. MT + Wax Hand + Photo (6x8) dan
2. SW + Glass Bottom Boat + 5D Cinema Extreme

Adult - THB 2,600 (WI)/THB 1,690 (OL)
Child - THB 2,200 (WI)/THB 1,430 (OL)
(-35% from standard price)

*(WI) Walk-in & (OL) Online

Kami hanya pilih package standard sahaja di MT dan di SW cuma tambah Glass Bottom Boat activity. 5D Cinema memang tak pergi sebab Mr. Muncit ni tengok 3D pun dah muntah-muntah ngalahkan ibu mengandung apetah lagi 5D. Disebabkan purchase through agent, maka tak payah bayar admission untuk dak tecit. Total untuk both MT dan SW ialah THB 3200 (1,600 x 2 Adult) sahaja. 


Afif trauma plak nengok encik jaws ni

 Turun escalator kat belakang kepala jaws tadi terus nampak mascot cik pari bakar portuguese

Kuat mengusik budak-budak

Meraung gak la dak tecit tengok mascot-mascot ni. LOL

Baru reda menangis ketakutan


 Masih takut sebab gelap. Huru hara sekejap sebab meronta-ronta. Haih.






Redakan ketakutan dak tecit dengan Glass Bottom Boat



Sedikit ok sebab nampak fish 

"Bu..bu..pish..pish" - alahai anak aku ni :)


Tunggu queue nak naik boat

 Our pingu 

Takut tengok ikan kat bawah tu. Takut kena gigit kot ;)

Tiba-tiba confident tinggi. Dah tak takut

Watchin' in awe

Orang soh tengok ikan die p tengok 'ayam' pulak


  



Ikan mogok tak nak lalu

Sekali lalu - Besar punyaaaa!!

Take 5. Err..actually take 40. Stuck, tak nak balik bila nampak area ni.

Sementara anak main, mak bapak boleh la berehat sebentar

 Mari tekap muka kat cermin bagi nemo takut

 Eh?! Sempat lagi tu



Main cak cak pulak dah dengan anak mat saleh

tuk tuk yang boleh dibuat tukun 10 tahun lagi

Beli 'dragon ball' rasuah bagi diam. Perut dah berkeroncong ni.

Dah habis jalan-jalan dalam tu. We had our lunch first before proceed to the next activity, wax museum.   Nanti kita sambung lagi dalam Part 2 :)