Powered By Blogger
Showing posts with label Indonesia. Show all posts
Showing posts with label Indonesia. Show all posts

Wednesday, 4 September 2013

Bandung 3D 2N Trip - Part 1

Morning!!

Kalau kita gugel 'Bandung Trip' for sure melimpah-ruah entry pasal Bandung, Indonesia ni wujud. Menunjukkan orang Malaysia ni kaya. Sopink tak main dalam negara, rase nak sopink kain ela - pergi Bandung, tak main jekel mekel nih..Ada tu, Bandung ni dah jadi macam port bermain pule..akibat kekerapan kesana..miahaha..Tapi lain orang lain experience nya. Aku tak kira, nak gak buat entry pasal Bandung aritu <insert suara Sang Kancil 'Jangan monyet..jangan!!'>

Disebabkan fenomena ini, kalau gi sana aku rase dah tak macam gi Indon..Rase cam kat Malaysia je..bersepah muke orang Malaysia kat hotel and mall..haha..Siap ada org sana yang fluent giler cakap bahasa melayu 'accent Malaysia'. Even ada yang 'speaking' klate pun ade wok!!..Bab harga barang-barang yang selalu menjadi tumpuan orang Malaysia kat sana idok le murah mane pun..Lebih kurang je harga kat Malaysia..Oh!! dan tambah duit flight ;p..Diorang pun pandai maa..nak untung..

Nak dijadikan cerita bulan May aritu aku dan bapak cakcibo serta anak cakcibo pergi ler Bandung (gaya ayat macam Bandung tu kat belakang rumah je)..Saje nak jalan-jalan and makan-makan bawak 'betara guru' a.k.a mak mertua jalan-jalan. Asik dok jaga cucu-cucu aje kat rumah tu (yang pasti bukan anak aku), kesian pulak aku tengok die tak der masa nak meng-enjoy-kan diri buat benda lain selain memasak, mengemas umah dan membasuh poo-poo cucu-cucu. So, kita angkut sekali beliau berjalan makan angin. Tak lama, 'kidnap' 3 hari 2 malam je. Pergi Friday balik Sunday.

Sampai sana pun dah petang. Flight promo Air Asia kan selalu camtu..asal promo je..tak awal pagi  -sebelum subuh sepi'e..mesti dah lewat2 pagi or petang..Maka kitorang sampai pun dalam pukul 3 ptg..
Bandung tengah hujan renyai-renyai..


Dah jejak kaki, haruslah terus ke imigresen kite main jegil-jegil mata kat camera bulat dan cop-cop macam pejabat pos. Beratur panjang itu standard ye. Harap bersabar. Sementara menunggu turn menjegil mata tu bapak cakcibo dihampiri seseorang yang beruniform tentera - memperkenalkan diri beliau sebagai Pak Soleh dan mengoffer perkhidmatan supir untuk hantar kitorang ke hotel..Bagus Pak Soleh ni, buat part time ko ye. 
Mulanya kami jual mahal sebab hotel ada provide transportation. So, ambil kartu (bisness card) beliau saje. Just in case..

Settle urusan imigresen, kami pun tunggu la van hotel. Dekat setengah jam tak nampak bayang. Jenuh pak cakcibo cari, tidak ketemu kok!! Duh!! dah la hujan ni. So, kitorang decide pergi lepak dan berteduh kat cafe seberang jalan. Tetibe boleh pulak terjumpa balik ngan Pak Soleh ni, die 'cucuk' lagi nak hantar ke hotel. Aku pun cakap ler kat bapak cakcibo. Belasah je la naik, dah desperate ni. Kalau takder budak kecik and warga emas takpe lagi. Final decision - Naik van Pak Soleh. 

Sementara menunggu tu die cucuk lagi, kalau nak jalan-jalan area Bandung, dia ada gak provide sewa van + driver. Pak Cakcibo tanya aku lagi - nak sewa ke tidak? Aku kata..Ok jer, accept, walaupun aku dah pernah datang Bandung dan dah target tempat mana nak pergi, tapi disebabkan masa yang terlalu singkat dan nak kan keselesaan untuk budak dan 'senior citizen', sudahnya, kitorang naik gak la van dia. Rate die aku tak berapa ingat dah, rasenye dalam IDR 150,000 lebih kurang RM45 duit kita untuk sewa dari pagi sampai malam or sampai korang give-up nak shopping. Kalau korang nak pergi Tangkuban Parahu lain pulak charge ye. 

Finally, dapat check-in jugak. Rupanya van hotel dah tunggu tapi blah awal sebab flight lambat sampai..Boleh?? Hempuk ngan luggage baru tau..

Check-in kat Aston Braga (Jalan Braga). Book awal-awal masa kat MATTA Fair. Awat la muka mil aku dari tadi dok masam je. Biasa lah orang tua, kidnap kejap dok teringat ayam itik lah, cucu lah, periuk belanga dapur gas semua. Huhuhu..Kitorang book apartment je kat Aston Braga. So far ok la, ada 2 bilik, ada dapur, sinki dan peralatan memasak - Comfy. Location die dekat je ngan Pasar Baru, tapi disebabkan jalan area tu selalu mecit (jammed), memang nak sampai pun agak lama la kan. Tapi breakfast memang best. Siap ada swimming pool walaupun kecik to'ek. Dah jadi kemestian pulak pas ada baby cakcibo ni tetiap kali book hotel kene cari yang ada swimming pool. Bahaha..

After check-in dan freshen-up kejap, selamber mintak pak supir bawak gi makan. Dia bawak kitorang ke Kedai Belacan (Jalan Halmera). Kat sini, restaurant diorang panggil 'Rumah Makan'. Tried their ayam penyet dengan ayam belacan - pergh!! sedap tahap infinity. Order Jus Alpukat, tapi tak de rezeki plak sebab encik alpukat (avocado takdo). Huk..Mak sedddihhh!!


 Lapaq baq hang!!

 Baby tua makan sup ngan nasi ajer

Tingkat atas

 Dah senja dah time ni..

Settle je melantak, ikutkan hati nak merayap lagi. Tapi apekan daya betara guru tak larat dan nak balik hotel. Baiklah..menurut perintah..Siap buat dialog 'kamurang ni nak kemana lagiii??!!' - Ah, once dah cakap gitu paham-paham la ye, perintah berkurung dah dikuatkuasakan. Esok kita sambung - Deal dengan pak supir for Pasar Baru. 

     Aktivitas bile dah balik hotel..Orang lain punye turn tunggu la sejam dua lagi kalau pakcik ni dah kongker.


To be continued for Part 2