Powered By Blogger
Showing posts with label dining set. Show all posts
Showing posts with label dining set. Show all posts

Thursday, 28 March 2013

Travelogue - Bangkok (Day 2)

Kita sambung lagi.

Day 2 (3 March 2013 - Sunday)

Hari ke-2 kami bermula agak lambat, ditambah pula dengan waktu di sana yang sejam lambat dari waktu Malaysia menyebabkan bio-rhythm kami turut merangkak lambat. Ye lah, dalam kepala set pukul 9 tapi tengok jam baru pukul 8. Ok sambung tidur. Heh.

Target kami pada hari itu ialah..*dung!dung!dung!* ok, macam bagus je. Heh. Chatuchak Market (CM) atau weekend market. Kalau anda berkunjung ke Bangkok dan nak memborong, hah sini lah tempatnya. Macam-macam ada. Dah nama pun weekend market, pasar ini dibuka hanya pada hari Sabtu dan Ahad. Kalau datang hari lain makanya melepas, masuk angin keluar asshaap. Menurut local people, business hour start dalam pukul 10 macam tu.

So, after breakfast we've decided to went there by tuk-tuk. Interesting isn't it? Tambang dalam THB100 atau RM10. Location CM ni agak jauh, dalam 20 minit dari hotel. Tapi jangan risau, tuk-tuk ni available je dekat area hotel. Kalau nak naik cab pun sama. Jalan 5 tapak keluar hotel terus nampak bersepah. In fact diorang yang akan offer kita dulu. Lepas kawtim tambang, driver tuk-tuk mintak izin nak isi minyak dulu, tapi akan tinggalkan kami sebentar di kedai menjual barang-barang kemas dan souvenir. Memang style diorang kot akan tinggalkan tourist kejap kat kedai tu. Sebab masuk dalam je nampak ramai jugak manusia kat dalam tu. Kira pit-stop la tu. Takut jugak kami kot-kot kena tipu. Duit terbang, tuk-tuk dia penuh dengan minyak.

Keluar dari kedai terus nampak abang tuk-tuk tunggu. Phew!! Kami teruskan perjalanan ke CM. Tak sabar nak ushar leggings nih. Heee. Cuaca nampak ok. Tak panas dan tak hujan. Biasa-biasa aje. Tempat ni luas dan panas selalunya. Prepare saje sun block dan topi nyonya korang.  Just in case ya.

 Watch Out tau ;)


 



Cam-whoring like hell

Sudah kembali bertenang dan romantik lentuk bahu :)

Comel pule

Gedik-gedik dengan para boifren

Yay, dah sampai!! 



Kat area ni dapat rembat alas meja makan. Tak ingat price. Pandai-pandai lah tawar menawar ye.


Mengalahkan ibu shopping nampak. Pilih boxer angry bird.


Banyak kerenah ini budak. Siap berjoget lagu Thailand di tengah pasar. Bikin malu aje.

 Gerai makanan. Cari gerai akak yang jual kari tomyam ayam dan kebab. Halal dan sedap giler.





Drooling. Haus gilak!

Dah start hujan

 Berteduh kat area jual pinggan mangkuk. Menggiurkan sungguh.


Legging idaman - THB 200

Dekat 4 jam jugak meronda dalam tu. Borong baju Mr. Muncit dan dak tecit. Tak mau kalah shopping. Terperangkap dalam hujan satu hal. Kesian Mr. Muncit berlari-lari meredah hujan cari cab yang sanggup ke hotel kitorang. Actually, banyak driver cab tak sanggup ke area Makassan sebab jam gila khinzir tapi bagi alasan tak tau tempat. Hujan dan weekend lah penyebabnya. Mujur ada satu cab yang sanggup, tapi charge THB200. Hai, redha saje janji sampai. Dapat mandi dan tidak bermuka kentang lagi.

Jam - jammed - jamming ;)

Chargas sebelum terkulai tidur sampai malam

Itu saja aktiviti kami. Malam keluar cari makan area biasa. Nampak pulak banana pancake dengan nutella. Pergh superb. Stop dulu sini, nanti kita cerita pasal attractions baru kat Bangkok - Day 3. Daa..

Wednesday, 30 January 2013

Pindah Rumah - Part 1

Salam,

Best cuti panjang? Amboi, first day masuk kerja lepas cuti pun masih lemau bukan? Ya, anda tidak keseorangan, kita seropa ;)

Cuti panjang kali ini adalah cuti yang sangat sibuk bagi kami sekeluarga. We're officially moved in into our new home!! and yes, I'm loving it :) Sebulan lebih prepare rumah, dari wiring, pasang lampu kipas, mengecat, mengemas dan bla bla bla. Nampak sikit tapi mak aih, penat kot! Finally, we made it. As of to date, kami belum habis unpack barang-barang lagi. Apetah lagi nak start men-deco bersama Eric (kasihan beliau, mesti tersedak makan limau).

Kami mula mengangkut barang semasa cuti Maulidur Rasul. Survey punye survey, lori sewa mana lah yang murah ni. Finally, dengan bantuan member office dak hubby, kami menggunakan khidmat lori 1 tan dengan bayaran RM250 per trip (2 pekerja). Nasib la barang tak banyak sangat. Dua hari kemudian baru la furniture sampai (baik punya kawtim hantar lepas tarikh gaji masuk. Heh!)

Entry kali ni mari kita ber-senah pot pet pasal furniture dulu ye noks. Eee..sukanya mak, citer pasal furniture (kenapa ada krisis jantina pula dalam ayat ini?! Hmm). Baiklah, dah adat pindah rumah, mesti nak cari furniture kan? Nak settlekan benda yang ni pun jenuh juga kami survey and pusing-pusing. Memang susah nak cari design yang berkenan di hatiku, affordable dan berkualiti. Sobs..sobs..Apelah nasib cerewet sangat (Elleeh, cakap je lah taste macam orang kaya, tapi tak mampu sebenarnya huhuhu)

Sudahnya, selepas ditarbiah dak hubby, kami borong furniture kat East Bridge Sofa City yang terletak di Jalan Pekan Subang. Nama je sofa city, tapi bukan jual sofa je, macam-macam adaaa..Not bad jugak lah price kat situ. Siap ada lucky draw bagai. Pakcik menang motor (tetibe). Bedroom set, dining set, mattress etc, semua kami borong kat situ kecuali sofa. Sebab payah benor nak dapat sofa yang berkenan di hati lalu decide untuk custom made. Takpe, tu kendian kita citer ye.


Time ni hujan, sebab tu nampak semua bertutup.


Agak-agak dah stress perabis duit, boleh la berhibur sebentar di luar (sambil lap air mata sederas duit yang mengalir keluar)

Layanan memang tip top, kalau mulut manis ada.. bulu ayam juga..Eh!! dapat la free gift :) Aku layankan aje la dak hubby yang membazirkan air liur mengayat supaya diberikan free gift. Haih..

Dipendekkan cerita, ini lah antara hasil tangkapan pada hari yang menyedihkan itu.


Dining set, amik simple sajer..table match ngan lampu and kerusi nya earth colour match ngan wall


Gerobok gabak kat master bedroom kerana tiada toleransi ruang almari dengan dak hubby ;) Sorang satu, jangan kacau space aku. Masih tunggang langgang.


Masih belum terurus lagi. Oh! budak itu bukan untuk dijual ;p


Si muka kentang sedang bergedik santai atas katil. Hoi! pergi perabis kemas dulu!

Ok, habis promo free untuk East Bridge. Kita cerita pasal sofa pulak. Memang susah sikit (sikit jer) nak pilih sofa idaman hati. Pendek kata, dah penat carik design yang dapat memenuhi kehendak hati mak datin ini. Tiba-tiba makcik ter-google la pasal sofa lalu ter-click kat blog mazidul. Oh, baru tau pasal kualiti sofa yang selalu kita tengok kat display tu kebanyakannya jenis tak tahan lama. Hmm..tak boleh jadi ni, dah la susah nak dapat design yang disukai, mahal pulak tu. Entah-entah tak sampai setahun pakai dah ranap.

Macam biasa, terdetik hati nak mencuba. Lantas (lantas u ollss) kami ber-genba di Alcano Design tu (malas nak tepek map, korang tengok kat link blog mazidul aje la ye). Discuss design dan price quotation dengan Ah Chai. Korang nak material ape semua boleh pilih. Nak sofa kulit lembu, harimau, ular sawa. Nak dari jenis kain lembut, keras kecuali kain kafan je tak de. Hihi ini semua poyo!

Disebabkan aku ni ada anak bujang yang teramat lasak dan suka memanjat, maka mak prihatin cuba come out dengan design yang boleh mengurangkan kawasan yang menarik minat dak tecit memanjat disamping menjimatkan ruang. Kalau boleh biarlah design tu 'multi-tasking'. 


Tengok tu, kan dah cakap..

Hopefully, mampu menjalankan 'multi-tasking' function nya. Attached terus solid wood yang bertindak sebagai coffee table. Nak jadi meja kerja pun boleh jugak. Haha. Letak laptop pastu layan.


So, tak payah beli coffee table. Nanti ada pulak area tambahan untuk beliau menonggeng dan tertonggeng ;)

Baru bawak masuk furniture dah penat. Belum start men-deco lagi. Oh, tabahkan hatimu. Penat tak hilang lagi ni. Ada lagi gambar yang belum sempat amik, especially kat bilik anak bujang dengan katil F1 nya. Ini sahaja dulu :) Nanti kita pot pet pulak pasal lampu.

See ya!

Idot